Sejarah Sekolah




Sekolah ini bermula pada 19.7.1937 dengan sembilan belas orang murid sahaja. Bangunan Ladang Temerloh dijadikan sebagai bantuan sekolah di bawah kelolaan Pengurus Ladang Temerloh
            Sekolah ini telah diberhentikan pada tahun 1942 hingga 1945 kerana Perang Dunia Kedua. Ia dibuka semula pada tahun 1946.  Pada tahun 1960, bilangan murid bertambah lagi dan. Sekolah dijadikan dua sesi. Pada tahun 1961 orang ramai mengumpul RM3,775.00  secara gotong-royong untuk membina bangunanan baru. Tapak tanah bangunan sekolah telah diberikan kepada kerajaan oleh Pentadbiran Ladang. Mulai hari itu sekolah ini telah menjadi Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
            YB Dato’ Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri telah menyumbang RM2,000.00 pada tahun 1992. Pada tahun 1993 YB, juga telah meluluskan peruntukan RM3,000.00 bagi memperbaiki bumbung, pintu dan pagar sekolah. Pada tahun 1999 YB telah meluluskan peruntukan RM3,000.00 bagi melengkapkan Pusat Sumber SekolahPada tahun 1999, sebuah bangunan yang mempunyai dua buah kelas yang berukuran 60” x 25” telah dibina oleh kerajaan. Ini adalah untuk menggantikan salah satu bangun yang rosak. Bekalan eletrik bagi bangunanan ini. dibekalkan oleh pihak JKR. 
            Sekolah yang dibina dengan papan  ini diubahsuai dengan simen pada tahun 2006.Tingkap papan diganti dengan tingkap cermin. Pada tahun tersebut juga pejabat baru dibina. Sehingga kini seramai 1900 murid telah menuntut di sekolah ini. Pada tahun 2020, seramai 7 orang guru dan seorang pembantu pentadbir bertugas di sekolah dengan 24 orang murid.